Kawasan Bakau di Oya, Mukah dan Dalat akan dijadikan sebagai lokasi penyelidikan simpanan karbon.<br /><br />Kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, ia berikutan penemuan daripada hasil kajian yang dijalankan mendapati kawasan bakau mempunyai kapasiti simpanan karbon tiga kali ganda berbanding pokok biasa.
